‘Jerami icon’ burung hantu antara tarikan PAT 2023 - Media Permata
Halaman KorporatPemetaan Budaya
Increase size
Reset to Default
Decrease size
 Image - ms_my bm
  • Image - ms_my bm
  • Image - en_gb en
Image - logojatabmnew

 

Image - logo n text-02 Image - logo n text-04 Image - logo n text-05 Image - logo n text-03
  • Utama
  • Info Korporat
      • Pengenalan
      • JKKN Negeri
  • Perkhidmatan
  • Berita & Media
  • Program
  • Galeri
  • Hubungi Kami

‘Jerami icon’ burung hantu antara tarikan PAT 2023 - Media Permata

 

March 4, 2023

ARAU, 3 MAC – ‘Jerami Icon’ yang mempamerkan arca jerami padi berupa burung hantu antara tarikan Pesta Angin Timur Perlis 2023 (PAT 2023) yang membuka tirainya bermula hari ini hingga Ahad ini di Kampung Sungai Padang di sini.

Tinjauan Bernama mendapati ruangan gulungan jerami disediakan pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Perlis itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung pada hari pertama pesta itu berlangsung.

Pegawai MADA Wilayah 1 Perlis, Mohamad Hafifi Syauki Md Saad berkata arca jerami burung hantu itu diperkenalkan pihaknya sebagai ‘Burhan’ atau singkatan daripada burung hantu iaitu burung berkenaan satu daripada ejen kawalan biologi dalam tanaman padi untuk mengawal populasi tikus sawah.

“Kita terapkan burung hantu itu sendiri dalam bentuk binaan arca ini untuk menarik pengunjung mendekati ‘Jerami Icon’ (bagi mengunjungi PAT 2023). Saiz arca burung hantu yang dibuat pihak MADA ini, anggaran saya tingginya hampir 15 kaki (4.57 meter) manakala lebar pulak kira-kira lapan kaki (2.4 meter),” katanya kepada Bernama di pesta itu hari ini.

Mohamad Hafifi Syauki berkata pihaknya menggunakan 89 gulung jerami bagi membentuk kawasan ‘berpagar’ yang di dalamnya terdapat dangau dan beberapa lagi arca jerami lain antaranya berbentuk seperti anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang melakukan sekatan jalan raya.

“Kelainan kita tampilkan ialah kita menggunakan konsep ‘pagar sesat’, jadi kalau kita menyusuri dalam ‘Jerami Icon’ ini sendiri, kita akan nampak seperti ada ‘pagar sesat’ tak ada jalan… di samping itu pengisian di dalam ‘Jerami Icon’ ada dangau yang dibina Persatuan Pelukis Negeri Perlis dengan kerjasama pihak MADA,” katanya. – Bernama

Image - P9-4PAT_04032023
Pertandingan Jerami Ikon dan ‘Pagar Sesat’ diserbu oleh pengunjung pada Pesta Angin Timur Perlis yang diadakan selama tiga hari di Kampung Sungai Padang, Kangar. – Bernama
https://mediapermata.com.bn/jerami-icon-burung-hantu-antara-tarikan-pat-2023/

Berita & Media

  • Keratan Akhbar
  • Siaran Media
  • Muat Turun
  • Data Terbuka
Image - Logo-01
Image - Logo-02
Image - Logo-03
Image - Logo-04
Image - Logo-06
Image - Logo-09
Image - Logo-10
Image - Logo-11
Image - Logo-12
Image - Logo-13
Image - Logo-14
Image - Logo-15
Image - qr
Image - 003-facebook Image - 002-youtube Image - 004-twitter Image - 001-instagram

IBU PEJABAT JKKN

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia,
Aras 16, 18, 19, 26, 27, 30 dan 34
Lot 1001, Menara TH Perdana
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur

Telefon : 03-26148200
Faks : 03-2697 0884 (Talian Pentadbiran)
Emel : info @ jkkn.gov.my

PAUTAN

Penafian

Data Privasi

Dasar Keselamatan

Bantuan

Data Terbuka

Perlindungan Data Peribadi

Adakah anda menyukai wajah baharu laman web ini?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Image - loading_small
Image - loading_polling
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:

Hakcipta Terpelihara @ 2025 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara
Paparan terbaik menggunakan Chrome versi 124.0 ke atas & Firefox 120.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768

  • Web Traffic:
  • 3.png0.png9.png9.png9.png1.png3.png
  • Hari Ini: 1864
  • |
  • Semalam: 2061
  • |
  • Minggu Ini: 11492
  • |
  • Bulan Ini: 11492
  • |
  • Jumlah: 3099913